Monday, 2 September 2013

PUTUS CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Petang di Shah Alam sangat menenangkan ditambah pula akustik til' summer come around by keith urban tapi di cover oleh housemate saya.Ia menjadi petang yang menenangkan bagi seorang pelajar macam saya kerana hidup saya dipenuhi dengan esaimen,kuiz dan tak lari dari hal cinta.

Tajuk blog ini mungkin agak klise bagi sebahagian dari kita.Banyak pepatah melayu lama yang berkaitan dengan cinta contohnya "kalau dah jodoh tak kemana" dan "Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri".Sejauh mana betulnya pepatah itu janganlah cuba dipertikaikan kerana ia cuma "pengalaman hidup manusia".Jauh sangat saya mengarut,kembali pada tajuk.

Putus cinta merupakan perkara lazim dalam kehidupan seorang manusia tetapi kalau anda putus cinta sekalipun,janganlah di jaja ke laman sosial.Kalau anda tidak malu untuk mempertontonkan kisah cinta anda itu,sekurangnya fikirlah apa yang akan terjadi andai kata perkara itu dilihat oleh ahli keluarga atau saudara mara anda.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Apa akan terjadi kalau persoalan ini terpacul dari mulut mereka terhadap ayah bonda anda "kau tak pandai jaga anak eh si polan oi?"

Saya faham andai anda menggunakan alasan "tak tahu" nak luah perasaan sedih dan geram itu kepada siapa tetapi janganlah menulis ketika anda sedang beremosi kerana ia akan membawa petaka kepada diri sendiri.Kalau anda tidak percaya,cuba lakukan kajian ini sendiri.Masa anda sedang marah dan sedih cuba tulis apa yang anda rasa itu pada sekeping kertas,kemudian pergi melakukan aktiviti yang mampu buat anda lupa seketika perkara itu.contohnya tidur..Selepas beberapa jam,anda baca balik apa yang anda tulis tadi.Nescaya anda akan rasa bodoh dan malu dengan diri sendiri.

Saya bukan seorang ustaz,guru atau manusia sempurna tetapi saya hanya mahu berkongsi tentang pengalaman hidup saya.Kalau anda marah,merasa tidak puas hati atau anda ada cadangan sekalipun..sila tinggalkan di ruangan komen..assalamualaikum.


Sunday, 1 September 2013

APA YANG KAU MAHU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Dah lama blog ini tidak diupdate..Bukan sebab terlampau sibuk atau lupa email tapi keinginan untuk menulis itu tiada.Tapi hari ini blog ini aktif semula hanya kerana satu sebab iaitu sebab SAYA MAHU.

Kamu semua sampai ke blog ini mungkin atas sebab tidak sengaja atau mencari bahan untuk esaimen.Saya faham walau atas dasar apa pun kamu membaca blog ini ia bermula dari suratan atau lebih dikenali sebagai kebetulan.Topik yang ingin dikongsi ini merupakan topik yang sangat rumit atau dari erti kata lain jawapan untuk topik ini memerlukan MUHASABAH DIRI.

Apa yang kau mahu dalam hidup?
-bahagia
-kaya
-berjaya
-cinta abadi

Ini merupakan benda paling common yang dimahukan setiap orang yang bergelar manusia.Tapi manusia lupa bahawa setiap perkara yang di inginkan mempunyai harga tersendiri..Mungkin aku menulis bagai seorang ustaz atau penceramah motivasi tapi hakikatnya aku cuma seorang budak yang menangis apabila diberikan ujian oleh Penciptaku.

Kamu pernah tanya orang yang berjaya atau kaya,berapa kali mereka tersungkur sebelum menggapai kejayaan?..Hanya yang kau lihat adalah sebuah kejayaan tanpa melihat pahit yang mereka terpaksa lalui sebelum berjaya..Hentikanlah perangai berbuat baik demi sesuatu..kamu nak berjaya kamu kena jahat dan tahan lasak..Jahat dan tahan lasak bukan bererti menjadi pencuri atau gangster tapi kau perlu ada sifat dengki dan perlekeh kejayaan orang lain dan bertahan dengan makian orang lain disaat mereka melihat kau berusaha untuk berjaya.

Cinta abadi?..saya sendiri tidak pasti saya sudah mendapat cinta abadi atau belum..Jujur dan bersedia untuk ditinggalkan itu merupakan sifat yang saya terapkan dalam cinta..Saya menjadi sebegini kerana saya sering ditinggalkan tapi bukan saya nak menagih simpati cuma mahu berkongsi..

Fikirkan sesuatu menggunakan akal bukan perasaan..Jangan sesekali kau mencampurkan keduanya sebab ia penyebab bahana..Positif dalam pemikiran? Ia tak wujud..Kau yang kena jaga hati sendiri dengan memujuk diri sendiri.Ini sahaja yang ingin dikongsikan..Tidak kisah kalau anda menyatakan tiada faedah langsung membaca penulisan saya ini,tapi sekurangnya anda baru sahaja mengisi masa lapang dengan pemikiran yang lebih luas.sekian