Tajuk blog ini mungkin agak klise bagi sebahagian dari kita.Banyak pepatah melayu lama yang berkaitan dengan cinta contohnya "kalau dah jodoh tak kemana" dan "Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri".Sejauh mana betulnya pepatah itu janganlah cuba dipertikaikan kerana ia cuma "pengalaman hidup manusia".Jauh sangat saya mengarut,kembali pada tajuk.
Putus cinta merupakan perkara lazim dalam kehidupan seorang manusia tetapi kalau anda putus cinta sekalipun,janganlah di jaja ke laman sosial.Kalau anda tidak malu untuk mempertontonkan kisah cinta anda itu,sekurangnya fikirlah apa yang akan terjadi andai kata perkara itu dilihat oleh ahli keluarga atau saudara mara anda.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Apa akan terjadi kalau persoalan ini terpacul dari mulut mereka terhadap ayah bonda anda "kau tak pandai jaga anak eh si polan oi?"
Saya faham andai anda menggunakan alasan "tak tahu" nak luah perasaan sedih dan geram itu kepada siapa tetapi janganlah menulis ketika anda sedang beremosi kerana ia akan membawa petaka kepada diri sendiri.Kalau anda tidak percaya,cuba lakukan kajian ini sendiri.Masa anda sedang marah dan sedih cuba tulis apa yang anda rasa itu pada sekeping kertas,kemudian pergi melakukan aktiviti yang mampu buat anda lupa seketika perkara itu.contohnya tidur..Selepas beberapa jam,anda baca balik apa yang anda tulis tadi.Nescaya anda akan rasa bodoh dan malu dengan diri sendiri.
Saya bukan seorang ustaz,guru atau manusia sempurna tetapi saya hanya mahu berkongsi tentang pengalaman hidup saya.Kalau anda marah,merasa tidak puas hati atau anda ada cadangan sekalipun..sila tinggalkan di ruangan komen..assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment