Wednesday 16 March 2016

Ramai yang bertanyakan "meniaga apa yang untung ye?"..jawapan saya ialah semua perniagaan ada untung..Wahai bangsaku,disaat kau memulakan perniagaan perbetulkan "niat" dahulu..jangan la kau niat "untung" sebab perniagaan memerlukan komitmen dan motivasi tinggi..air laut pun ada pasang surut der.

Niat berniaga untuk mencari rezeki tambahan sekaligus menjalankan sunnah RasulAllah..berniaga ni kena banyak bersabar..karenah customer dan masa merupakan tekanan utama..

Janganlah setiap hari nak untung sahaja..andai kata hari ini perniagaan anda kurang rezki..kenanglah hari2 yang ada lebihan rezki

Perkhidmatan Printing dan Photocopy sampai tengahmalam di KG L.B.Johnson

Perkhidmatan printing saiz A4 

1) black & white = 30sen(sehelai)
2) colour = 60sen sehingga 1.50 (sehelai)
3) Photostat = 30sen(sehelai)

Kertas colour perlu di request sebelum 5petang (senang beli dulu)

Tiada kenderaan tiada masalah..Delivery ada disediakan 50sen PerDelivery

Lebih dari RM10 delivery free

Tiada Pendrive tiada masalah..20sen per use

Walk-in pun boleh di BoBot Santai Cafe(Sebelah tomyam Dbamboo)

Mohon guna waze kalau tak jumpa

Service dari 10pagi hingga 11malam

Contact no : 017 3945857(faez) whatapps/sms/call

Terima kasih.Tak reti buat web jadi post guna blog sahaja

Thursday 3 July 2014

diam tanda kematangan

  Assalamualaikum.Hari ini merupakan hari ke lima ramadhan bagi tahun 2014.Mungkin ini merupakan puasa terakhir aku di perantauan dan juga merupakan puasa terakhir sebagai seorang pelajar.Perangai aku yang suka bercakap dan berbual mungkin  akan aku cuba kurangkan.Betul kata orang,berpuluh tahun kau kenal orang pun belum tentu kau betul-betul kenal dia.
  Setiap perkataan yang keluar dari mulut aku mula memakan diri.Kawan yang selama ini aku kenal telah menjadikan kelemahan aku sebagai senjata untuk menjatuhkan aku.Dalam bulan ramadhan ini telah mematangkan aku,aku membuat keputusan untuk berdiam diri dan melayan dia seperti tiada apa yang berlaku.Aku tahu tiada siapa yang membaca blog aku neh.Almaklum la aku tak secantik hanis zalikha yang akhirnya menjadi artis yang bermula dari seorang blogger.
   Aku mahu bertahan sehingga tahun hadapan sahaja kerana bulan lima tahun depan aku dah habis belajar,Insya Allah.Aku dah tak sanggup di hina dan diperguna.Bodoh sungguh aku kerana diperguna selama 4 tahun.cukup la ini sahaja..Pesanan aku,rajinkan diri untuk muhasabah diri dan cubalah terapkan budaya membaca kedalam diri..ia akan membantu.

Friday 25 October 2013

jangan mengeluh sayang

 Sudah hampir dua bulan saya single.Saya rasa sangat sunyi dan semakin hari semakin stress.Saya sudah menghampiri tahap berputus asa..Kehidupan rasa gundah-gulana dan amarah menguasai diri.Mungkin anda boleh kata laman sosial banyak dan cubalah manfaatkan.Saya sudah bosan dengan semuanya.Nyatakan sahaja namanya..semuanya ada dalam handfon saya

 Nukilan ini dihasilkan untuk melepaskan marah dan ketidakpuasan hati saya..saya rasa hati sudah terlampau padat dan keras..Saya sudah letih dengan ujian..saya sangat marah dengan semua nasihat dan peribahasa kerana saya berasakan semuanya penipu.Kalau tangisan mampu membawa masalah pergi,saya akan menangis berbaldi-baldi.

  Bangkitlah wahai diri,janganlah kau mengikut arus dugaan itu..capai apa yang patut dah lawan ia..Anda merasakan ia berat kerana anda membirkan semua masalah berkumpul menyerang..lawan la satu persatu..selesaikan ia..biar pedih biar pahit..jangan kau menyerah kalah.wahai anak bangsaku,jangan kau mengikut syaitan itu..dia gembira saat kau sedih

  Semuanya angkara syaitan..bergembiralah jiwa jangan biar diri kau di tindas..sekian

Monday 2 September 2013

PUTUS CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Petang di Shah Alam sangat menenangkan ditambah pula akustik til' summer come around by keith urban tapi di cover oleh housemate saya.Ia menjadi petang yang menenangkan bagi seorang pelajar macam saya kerana hidup saya dipenuhi dengan esaimen,kuiz dan tak lari dari hal cinta.

Tajuk blog ini mungkin agak klise bagi sebahagian dari kita.Banyak pepatah melayu lama yang berkaitan dengan cinta contohnya "kalau dah jodoh tak kemana" dan "Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri".Sejauh mana betulnya pepatah itu janganlah cuba dipertikaikan kerana ia cuma "pengalaman hidup manusia".Jauh sangat saya mengarut,kembali pada tajuk.

Putus cinta merupakan perkara lazim dalam kehidupan seorang manusia tetapi kalau anda putus cinta sekalipun,janganlah di jaja ke laman sosial.Kalau anda tidak malu untuk mempertontonkan kisah cinta anda itu,sekurangnya fikirlah apa yang akan terjadi andai kata perkara itu dilihat oleh ahli keluarga atau saudara mara anda.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Apa akan terjadi kalau persoalan ini terpacul dari mulut mereka terhadap ayah bonda anda "kau tak pandai jaga anak eh si polan oi?"

Saya faham andai anda menggunakan alasan "tak tahu" nak luah perasaan sedih dan geram itu kepada siapa tetapi janganlah menulis ketika anda sedang beremosi kerana ia akan membawa petaka kepada diri sendiri.Kalau anda tidak percaya,cuba lakukan kajian ini sendiri.Masa anda sedang marah dan sedih cuba tulis apa yang anda rasa itu pada sekeping kertas,kemudian pergi melakukan aktiviti yang mampu buat anda lupa seketika perkara itu.contohnya tidur..Selepas beberapa jam,anda baca balik apa yang anda tulis tadi.Nescaya anda akan rasa bodoh dan malu dengan diri sendiri.

Saya bukan seorang ustaz,guru atau manusia sempurna tetapi saya hanya mahu berkongsi tentang pengalaman hidup saya.Kalau anda marah,merasa tidak puas hati atau anda ada cadangan sekalipun..sila tinggalkan di ruangan komen..assalamualaikum.


Sunday 1 September 2013

APA YANG KAU MAHU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Dah lama blog ini tidak diupdate..Bukan sebab terlampau sibuk atau lupa email tapi keinginan untuk menulis itu tiada.Tapi hari ini blog ini aktif semula hanya kerana satu sebab iaitu sebab SAYA MAHU.

Kamu semua sampai ke blog ini mungkin atas sebab tidak sengaja atau mencari bahan untuk esaimen.Saya faham walau atas dasar apa pun kamu membaca blog ini ia bermula dari suratan atau lebih dikenali sebagai kebetulan.Topik yang ingin dikongsi ini merupakan topik yang sangat rumit atau dari erti kata lain jawapan untuk topik ini memerlukan MUHASABAH DIRI.

Apa yang kau mahu dalam hidup?
-bahagia
-kaya
-berjaya
-cinta abadi

Ini merupakan benda paling common yang dimahukan setiap orang yang bergelar manusia.Tapi manusia lupa bahawa setiap perkara yang di inginkan mempunyai harga tersendiri..Mungkin aku menulis bagai seorang ustaz atau penceramah motivasi tapi hakikatnya aku cuma seorang budak yang menangis apabila diberikan ujian oleh Penciptaku.

Kamu pernah tanya orang yang berjaya atau kaya,berapa kali mereka tersungkur sebelum menggapai kejayaan?..Hanya yang kau lihat adalah sebuah kejayaan tanpa melihat pahit yang mereka terpaksa lalui sebelum berjaya..Hentikanlah perangai berbuat baik demi sesuatu..kamu nak berjaya kamu kena jahat dan tahan lasak..Jahat dan tahan lasak bukan bererti menjadi pencuri atau gangster tapi kau perlu ada sifat dengki dan perlekeh kejayaan orang lain dan bertahan dengan makian orang lain disaat mereka melihat kau berusaha untuk berjaya.

Cinta abadi?..saya sendiri tidak pasti saya sudah mendapat cinta abadi atau belum..Jujur dan bersedia untuk ditinggalkan itu merupakan sifat yang saya terapkan dalam cinta..Saya menjadi sebegini kerana saya sering ditinggalkan tapi bukan saya nak menagih simpati cuma mahu berkongsi..

Fikirkan sesuatu menggunakan akal bukan perasaan..Jangan sesekali kau mencampurkan keduanya sebab ia penyebab bahana..Positif dalam pemikiran? Ia tak wujud..Kau yang kena jaga hati sendiri dengan memujuk diri sendiri.Ini sahaja yang ingin dikongsikan..Tidak kisah kalau anda menyatakan tiada faedah langsung membaca penulisan saya ini,tapi sekurangnya anda baru sahaja mengisi masa lapang dengan pemikiran yang lebih luas.sekian

Sunday 29 July 2012

hidup sentiasa dibayangi kejayaan orang lain

assalamualaikum..da lame xupdate blog cz hampir lupe kewujudan blog..topik harini mesti di rasai semua org..tipu la kalau kita xpernah rasa dengki dengan kejayaan orang lain padahal kita fikir orang tu bukan cukup bagus pown..bila kita fikir2 balik apew yang kita dengki 2 sebenarnye hal  remeh2 dan kita mempunyai lebih bnyak kelebihan..buktinya boleh kita cube sendiri apabila prasaan dengki itu meledak anda biarkan tanpa berfikir tetapi selepas 5minit anda rasa anda sudah tenang baru fikir semula dan keputusan yang menakjubkan,memalukan akan terkeluar sendiri..saya merasainya hampir setiap hari tapi kata-kata mak yang jadi penguat semangat..inilah kalimah mak selalu pesan "orang lain xpernah dapat apew yang ko adew,bersyukurlah".dengki bermula dari saket hati dan saket aty disebabkan kita tidak dapat apew yang kita mahu.prasaan inilah punca fikiran tidak waras seketika kerana terlampau mengikut hawa nafsu..rasanya ini bukan masalah tetapi hawa nafsu jew..pengakhiran kata jangan lah merasa tidak puas haty dengan kejayaan org lain kerana anda pernah mendapatnya..stay where u r dude..we at same world but not in same soul.