Assalamualaikum.Hari ini merupakan hari ke lima ramadhan bagi tahun 2014.Mungkin ini merupakan puasa terakhir aku di perantauan dan juga merupakan puasa terakhir sebagai seorang pelajar.Perangai aku yang suka bercakap dan berbual mungkin akan aku cuba kurangkan.Betul kata orang,berpuluh tahun kau kenal orang pun belum tentu kau betul-betul kenal dia.
Setiap perkataan yang keluar dari mulut aku mula memakan diri.Kawan yang selama ini aku kenal telah menjadikan kelemahan aku sebagai senjata untuk menjatuhkan aku.Dalam bulan ramadhan ini telah mematangkan aku,aku membuat keputusan untuk berdiam diri dan melayan dia seperti tiada apa yang berlaku.Aku tahu tiada siapa yang membaca blog aku neh.Almaklum la aku tak secantik hanis zalikha yang akhirnya menjadi artis yang bermula dari seorang blogger.
Aku mahu bertahan sehingga tahun hadapan sahaja kerana bulan lima tahun depan aku dah habis belajar,Insya Allah.Aku dah tak sanggup di hina dan diperguna.Bodoh sungguh aku kerana diperguna selama 4 tahun.cukup la ini sahaja..Pesanan aku,rajinkan diri untuk muhasabah diri dan cubalah terapkan budaya membaca kedalam diri..ia akan membantu.
No comments:
Post a Comment